Tuesday 27 March 2012

BEKAS HANTARAN (SEWA)

10 unit (latest design)
RM15 per unit
ukuran: 25cm x 25cm (10" x 10")
available: white











Monday 26 March 2012

D'BEAUTILICIOUS: VEIL NABILAH (SOLEMNIZATION)

D'BEAUTILICIOUS: VEIL NABILAH (SOLEMNIZATION): she luv it sooooo much when she got diz veil..at the same time i have to improve my skills on beading for get more better +ve feedback...for...


VEIL NABILAH (SOLEMNIZATION)

she luv it sooooo much when she got diz veil..at the same time i have to improve my skills on beading for get more better +ve feedback...for further info n price plz email or sms me ;)


2 layered veil for solemnization

material used: 
<<100% handmade>>
'kain net' 2.5meter
kain renda 5meter
kain chiffon (bunga)
pearl + beads + sequin (from japan)

FLOWER BEADS ON VEIL

hye olls....today yaya nk attach gmbar2 manik kat veil yg yaya wat....da hantar kt tuan empunya diri da...she likes the veils veru much...tp yaya rasa biasa je..byk lg kena improve nk utk jd yg lg baik drp sblom ni....jom yaya share ngn u olls veil yg yaya jahit..diz 1 is 2layered veil...1st time wat 2layered cmni...huhu

atas kepala

bunga di leher dan bhgian bawah depan


bahagian bwh (2nd layer)

top head

Friday 23 March 2012

10 Tips Untuk Para Isteri Agar Di Sayangi Suami

Setiap isteri sudah pasti mendambakan kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami. Namun tahukah anda wahai para isteri, untuk mendapat kasih sayang dan perhatian daraipada seorang suami bukanlah sesuatu yang automatik berlaku sebaik sahaja anda berkahwin dan berstatus suami isteri.
Malah usaha ke arah yang diinginkan itu perlu dilaku oleh para isteri agar ianya mendapat perhatian sang suami yang mungkin sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Berikut adalah tip-tip yang sebaiknya diamalkan oleh si isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumahtangga:

1- Berhias, namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar senang dan manis dipandang
2- Menyenangkan, jangan tidak tahu bergurau. Kebanyakan suami suka mengusik isteri, jangan cepat merajuk, sambut jenakanya dengan tawa
3- Pandai mendahulukan suami, menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumahtangga. Yakini suami sebagai pemimpin
4- Bersikap sederhana dan jangan meminta suami di luar kemampuannya.
5- memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badan jika ia kepenatan
6- bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran dan komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumahtangga
7- Hormati hak peribadinya, jangan terlalu ‘busybody’ seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dsb. Yakini kesetiaan suami
8- Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan
9- Pandai menjaga diri apabila ke luar rumah, menjaga maruah suami
10- Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya sepenuh hati

InsyaAllah semoga hubungan yang terikat akan berkekalan hendaknya ke akhir nyawa..... ;)

Thursday 22 March 2012

8 Cara Menjadi Isteri Dambaan Suami

Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari dan 7 hari seminggu. Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.

Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.

1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.
7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

10 Cara Memenangi Hati Ibu Mertua

ehem2...cm hape lak nk bg nshat n petua2 kn??cm mak2 la plak rasa..ngeh3...yaya rasa majority org mengalami keadaan yg mcm ni..tp bkn sume bnasib baik dpt mertua yg ngam kn??yaya hrp yg x ngam tu apa kata ngam2 kn la dri anda ngn mertua ye???amik berkat la katakn...hehehe....kt cni yaya nk share beberapa cara utk menambat ht mertua...bkn soh jd hipokrit tp belajar cmne nk layan mertua..ni pn yaya jd kn panduan n ingatan utk dri sdri jgk...yg baru kawen or nk kawen tu mst bdebar2 kalo bdepan ngn mertua kn??tkot tsalah ckp kang kena rejek....huhu..cara2 dia cmni......

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.
3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu.
 Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.
8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.
9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.
10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri.Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

Tuesday 20 March 2012

ANNUAL DINNER

diz 1 is my own annual dinner for my company...make up myself cuz i was MC on dat day...teruja kn??ahaks!!!lets check it out make up for annual dinner... ;)


snap wit own hp n pix quality is a bit poor..hehe

make up also for her..she has 'very sepet' eyes..so kena la bg nmpak besar n she love it ;)

Wednesday 14 March 2012

IKLAN VCO

dh lama rasa x post psl vco ni..tp kali ni yaya nk gtaw sume org psl iklan vco kt akhbar..mksudnyer mmg terbuktilah vco ni dipercayai ramai dan mmg ada yg berjaya dgn melibatkan diri dlm perniagaan vco ni...my fren also da bjaya dlm perniagaan ni..mmg salute la ciksue..now da ade baby pown msh lg aktif berniaga..dgn profession seorang lecturer lg...fuhhhhhh!!!ok lets cekidauttttttttt........


Thursday 8 March 2012

VIP GIFT

gift yg nk bg VIP.normally pengantin x buat banyak...cukup dalam 200 items je cuz nk wat bnda ni a bit costly la..simple but nice..kt dlm nnt bley letak sweets ke,dried fruit ke or any else yg customer nk..bentuk botol ni pn bley plh mengikut kesukaan hati...customer yaya suka...yg ni mtk tlg my sis buatkan la since im too bz with beading..hehe








last but not least,top cover dia bley lekatkan dgn sticker "Thank You" or ape2 sticker yg cantik lg sdp mata memandang.tp for sure yg berkaitan kawin je taw...jgn letak "Good Luck" plak..hehe.....